* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Jumaat, 4 Ogos 2017

Amalkan Formula SSID (Syukur, Sedikit, Istighfar dan Doa)

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah

AlHamdulillah, didoakan rakan-rakan sentiasa berada di bawah rahmat Allah SWT.
Kali ini, Si Kerdil kongsikan coretan seorang sahabat tentang formula SSID.. moga bermanfaat.
............
Bila kita melakukan amalan taat seperti sedekah, dakwah, perjuangan dan lain-lain setelah bermula dengan ikhlas, amalkan formula(SSID) Insya Allah amalan kita diterima dengan baik oleh Allah swt.

S..lahirkan rasa SYUKUR dengan pertolongan Allah, amalan ni dapat ditunaikan, sebab tu cerita amalan puasa di tutup dengan perkataan syukur.

S..lahirkan rasa SEDIKIT saja amalan yang dilakukan walaupun sebanyak mana dilakukan berbanding nikmat Allah pada kita, rujuk surah almuddasir ayat 6.

I..dalam buat taat sentiasa ISTIGHFAR dan selepasnya pun, sebab ia boleh menampal cacat amal itu, selepas solat, istighfar adalah zikir pertama baginda lafazkan.rujuk juga(albaqarah:199)

D..DOAlah setelah melakukan amalan taat,semoga Allah  menerimanya kerana ini adalah sunnah para anbiya..

#jariahsahabat

0 komen ::

Catat Ulasan