* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Rabu, 25 April 2018

TITIK POSITIF HARI KE-115 2018 25 April 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-115 2018
25 April 2018
9 Syaaban 1439H

Rabu

KEUTAMAAN ORANG YANG CEMERLANG

Sikap mengutamakan apa yang penting. (First thing first). Perkara ini sebenarnya diambil daripada banyak tulisan warisan Islam yang dikaji oleh para ilmuan. 
Rasulullah  صلّي الله عليه وسلّم   amat mengambil berat perkara ini. Baginda sentiasa mengutamakan orang yang lebih perlu atau siapa yang lebih utama didahulukan.
Samada dalam pembahagian harta nafkah atau pembahagian zakat. Begitu juga dalam tindakan, perkara yang wajib perlu diutamakan dari yang sunat dan begitulah seterusnya. 

Apabila kita kaji dengan teliti apakah perkara penting yang kita senaraikan dalam hidup kita? Kita selalunya senaraikan apa yang paling penting itu adalah agama, seterusnya keluarga seterusnya pencapaian dalam pelajaran atau pekerjaan, pencapaian yang cemerlang dalam perniagaan dan juga gaya hidup sihat demi menjaga kesihatan.  

Jarang sekali kita senaraikan apa yang penting itu seperti menonton TV, bermain game, slam atau meluangkan banyak masa dengan gajet atau bersembang kosong di media digital dan lain lain.
Namun ramai dalam kalangan kita menghabiskan banyak masanya pada perkara yang tidak penting. Jadi di mana kita letakkan perkara yang penting dalam kehidupan kita?

Mulakan yang terlebih utama.

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H
Selasa, 24 April 2018

TITIK POSITIF HARI KE-114 2018 24 April 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-114 2018
24 April 2018
8 Syaaban 1439H

Selasa

MINDA ORANG YANG CEMERLANG


Begin with the end in mind :  Apa yang ada di dalam minda kita yang mahu kita capai? Soalan yang paling mudah untuk kita ialah apa yang kita mahu? Kerana keinginan yang tinggi selalunya mendorong kejayaan manusia ke arah itu. Jika kita mahukan sesuatu dan kita berbuat sebaliknya, ia bermaksud kita mengundur ke belakang bukan menuju kepada target dalam hidup kita.


BETULKAN NIAT
TETAPKAN SASASAN
namun kena ingat.... SASARAN UTAMA IALAH KEREDAAN ILAHI DALAM SEMUA HAL

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H
Isnin, 23 April 2018

Jom Baca

Reaksi :  

Lampiran :

PROMOSI POTONGAN GAJI BAGI TABUNG KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM)

Reaksi :  


TITIK POSITIF HARI KE-113 2018 23 April 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-113 2018
23 April 2018
7 Syaaban 1439H

Isnin

PROAKTIF ORANG YANG CEMERLANG

Sikap Proaktif – Orang yang reaktif akan selalu membahaskan perkara yang tidak mampu dicapai lagi dan lagi. Terutamanya masalah di sekeliling mereka. Mereka disibukkan dengan rungutan dan keluhan tanpa merubah keadaan kepada lebih baik. Samada apabila berbicara, bertindak atau menulis. Mereka boleh duduk berjam jam membahaskan isu yang sama. Dengan sekecil kecil perkara hingga sebesar besar perkara.


Orang yang Proaktif sedar walaupun segala rungutannya ada kebenaran namun ia tidak membantu membaiki masalah. Dia mulakan dengan apa yang boleh dicapai, apa yang perlu dibaiki dan apa yang mampu diselesaikan. 
Golongan Proaktif menyelesaikan masalah dan golongan Reaktif senantiasa sibuk dengan keluhan tentang masalah.  Kegagalan adalah selangkah ke arah menuju kejayaan. Mereka yang Proaktif mengamalkan  kecekalan dalam  berusaha walaupun menghadapi pelbagai rintangan. Sikap ini membuatkan mereka meraih kecemerlangan.

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H
Ahad, 22 April 2018

TITIK POSITIF HARI KE-112 2018 22 April 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-112 2018
22 April 2018
6 Syaaban 1439H

Ahad


PERUBAHAN BUKAN HANYA SATU EKSPEKTASI

Janganlah meletakkan harapan satu perubahan akan berlaku sekiranya kita tidak memulakannya atau membuatnya.
Harapan hanya akan tinggal harapan sahaja.
Dah lama kita hanya mengharap. Ia hanya akan berlalu begitu sahaja.
Mulalah dengan sesuatu yang positif.
Moga ia akan menjadi jariah yang berkekalan.

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H
Sabtu, 21 April 2018

TITIK POSITIF HARI KE-111 2018 21 April 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-111 2018
21 April 2018
5 Syaaban 1439H

Sabtu

LAKUKAN YANG BETUL, BUKAN YANG MUDAH


Pilihlah jalan yang benar.
Jadikan kebenaran sebagai asas kepada semua tindakan kita.
Risiko dalam kebenaran jauh lebih baik daripada risiko dalam kemungkaran atau dosa.

Teruskan langkah anda, mencipta sesuatu kebenaran, bukan mencetuskan kesilapan yang memungkinkan ia menjadi ikutan yang berpanjangan kepada orang lain atau sesebuah organisasi.

Sekiranya kita tidak melangkah ke hadapan, kita akan berada di tempat yang sama sampai bila-bila.

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H
Jumaat, 20 April 2018

TITIK POSITIF HARI KE-110 2018 20 April 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-110 2018
20 April 2018
4 Syaaban 1439H

Jumaat

KESILAPAN YANG POSITIF


Kita sebagai manusia tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan.
Banyak atau sedikit bergantung kepada sejauh mana kita sedar bahawa ianya adalah satu kesilapan atau kesalahan, juga dosa.
Sedarilah bahawa ....

KESALAHAN YANG KITA LAKUKAN SECARA SENGAJA ATAU TIDAK SENGAJA MERUPAKAN BUKTI BAHAWA  KITA TELAH MENCUBA SESUATU.

Ia lebih baik daripada kita tidak pernah mencuba.

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H

TITIK POSITIF HARI KE-109 2018 19 April 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-109 2018
19 April 2018
3 Syaaban 1439H

Khamis

KECILNYA NILAI SEDEKAH


Kadang kita begitu bakhil dengan Allah SWT. Nak bersedekahpun, kita banyak menyisihkan harta yang dianugerahkan Allah.
Dalam banyak keadaan, kita amat boros dengan dunia, kita pandang sepi kepada bekalan kehidupan yang abadi selepas mati.
Begitu kecil nilai mata wang, bila kita pergi membeli belah. Betapa kicil nilai ratusan atau ribuan ringgit hanya untuk kosmetik di dunia.
Kadang kita rasa RM1.00 agak besar untuk disedekahkan. Kalau ada yang lebih kecil, mungkin yang kecil itu dipilih untuk sedekah.
Ketika ada yang mengemis atau meminta derma, wang mana yang kita pilih?
Ketika tabung masjid lalu depan kita, wang mana yang kita masukkan?

Tapi itu semua ukuran nilai di dunia.. Apa yang Allah nilai ialah kesucian hati kita, bukan pada nilai mata wang.

Imbangilah.... jadikan seluruh kehidupan kita sebagai ibadah.
Jadikannya sedekah.
Dalam banyak keadaan Allah SWT datangkan kunci pintu syurga tanpa disangka.

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H

Apa itu PISA?

Reaksi :  
Image may contain: text

Image may contain: text
PISA ditadbir setiap tiga tahun bertujuan mengukur literasi murid berumur 15 tahun dalam Sains, Matematik dan Bacaan. Kali pertama Malaysia menyertai PISA adalah pada tahun 2010.

Image may contain: text
Pada tahun 2018, Malaysia menyasarkan peningkatan pencapaian yang lebih memberangsangkan sekaligus mampu mencapai sasaran purata OECD bersamaan 500 mata. Bilangan negara yang terlibat pada tahun ini adalah hampir 80 buah negara.

No automatic alt text available.
Kajian #PISA2015 - 72 negara dan penyertaan hampir 540,000 murid. Malaysia menunjukkan pencapaian signifikan dalam pentaksiran #PISA2015 iaitu peningkatan 25 mata dalam Matematik, peningkatan 23 mata dalam Sains dan
peningkatan 33 mata bagi Bacaan. 

Faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan prestasi dalam PISA 2015 ialah penerapan KBAT merentas bidang.
No automatic alt text available.
Sekali lagi Malaysia akan mengambil bahagian dalam PISA. PADU mengucapkan semoga berjaya kepada semua sekolah yang terlibat dalam pentaksiran #PISA2018! Diharap kita dapat mencapai kedudukan yang lebih baik.
All the best everyone!

Pergerakan GPK Sekolah Rendah

Reaksi :  

EN. ISHAK BIN MOHD BAKRI, GPK Kokurikulum SK Sawah Dato'
dilantik sebagai GPK Kokurikulum SK LKTP Tenggaroh 05
berkuatkuasa pada 16 April 2018.


MOHD FADZIL BIN BACHOK, GPK Kokurikulum SK LKTP Tenggaroh 05
dilantik sebagai GPK Kokurikulum SK Tenglu
berkuatkuasa pada 16 April 2018.



ZAIDI BIN BUJANGGPK Kokurikulum SK Tenglu
dilantik sebagai GPK Kokurikulum SK Mersing Kanan
berkuatkuasa pada 16 April 2018.

Pelantikan GPK Kokurikulum SK Sawah Dato'

Reaksi :  

En. Mahadi bin Mohamad, Fasilinus Numerasi
dilantik sebagai GPK Kokurikulum di SK Sawah Dato'
berkuatkuasa pada 16 April 2018.

Pelantikan Penyelia HEM, PPD Mersing

Reaksi :  

Md Hairol Azhari Bin Sapon, Penyelia Kokurikulum
dilantik sebagai Penyelia HEM di PPD Mersing
berkuatkuasa pada 16 April 2018

Pelantikan SiP+ Mersing

Reaksi :  
 

Hj. Maon bin Marsini, Pengetua SMK Sri Mersing
dilantik sebagai SIP+ di PPD Mersing
berkuatkuasa pada 16 April 2018
Khamis, 19 April 2018

TITIK POSITIF HARI KE-108 2018 18 April 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-108 2018
18 April 2018
2 Syaaban 1439H

Rabu

MAAF TUHAN KAMI SEDANG SIBUK

Sanggupkah kita berkata sedemikian kepada Pencipta kita?
Siapa kita sebenarnya?
Di mana kita?
Apa yang dah kita buat?

" Maaf Tuhan, kami orang sibuk. Kami memang takut neraka, tetapi kami agak payah... sulit mencari waktu untuk beramal dengan amalan yang boleh menjauhkan kami daripada nerakaMu. Kami memang mengharapkan syurgaMu, tapi kami hampir tidak ada masa untuk mencari jalan yang menuju ke syurgaMu.."

Kita hanya boleh mengukur kesibukan kita dalam ruang yang amat terhad.
Kita hanya boleh mengandaikan sesuatu tanpa pasti dengan sudut pandang yang sempit. 
Allah SWT hanya titikkan setitik daripada ilmuNya.
Hanya setitik nikmat dunia daripada nikmat yang maha banyak.
Dengan ilmu yang setitik itu... dengan nikmat yang sedikit itu telah merubah sikap manusia.
Manusia boleh menjadi angkuh, sombong... boleh juga menjadi zalim dan sebagainya.
Dalam yang sedikit itu, manusia seolah-olah telah merasakan dialah Tuan dan dialah Tuhan..Hebat manusia ni..

Dalam banyak keadaan kita lupa, kita tidak sedar bahawa kesibukan kita tidak sama dengan kesibukan malaikat menjaga kita. Terlalu sedikit berbanding kesibukan Allah SWT (Mukhalafah - satu perbandingan dalam skop yang jauh tidak sama dengan sifat makhluk) menjaga kita. Betapa sayangnya kepada kita.

Kita sepatutnya faham bahawa seluruh usia hidup kita perlu dipersembahkan dalam mengabdikan diri kepada Allah SWT.

Satu perbandingan....
Ketika bos memanggil kita, betapa takutnya kita sehingga dengan segera kita mengadapnya, namun ketika kita mendapat panggilan daripada Allah yang dikumandangkan oleh Bilal... azan dan iqamah setiap lima waktu sehari semalam, betapa beraninya kita ... lamanya masa diambil untuk menyahut panggilan tersebut.
Padahal yang memanggil kita tu adalah Tuhan kepada bos, pihak yang paling atas.

Panggilan Allah itu bukan hanya sebagai satu panggilan, tapi disertai dengan tawaran kejayaan.

Begitu berani kita berbohong dengan Allah SWT.
Dalam doa iftitah solat, kita sering berjanji dan berikrar bahawa Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku hanya untuk Alhha SWT... tetapi kelakuan kita jelas mengingkari ikrar tersebut.

Jom...masa untuk berubah...carilah kejayaan di dunia dan di akhirat.

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H